Tiada asal pada penambahan rangkap pertama
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حُبِّبَ إلَِى كُلِّ امْرِئٍ شَيْءٌ، وَحُبِّبَ إِلَيَّ النِّسَاءُ وَالطِّيبُ، وَجُعِلَتْ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلَاةِ.
Teks Bahasa Melayu
Telah diletakkan rasa cinta kepada setiap orang akan sesuatu perkara, diletakkan padaku rasa cinta akan wanita dan wangian, dan dijadikan solat sebagai penyejuk mataku.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada asal pada penambahan rangkap pertama
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1646, hadis no. 8321. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له بالزيادة التي في أوله) عن أنس -رضي الله عنه-، قال : قال صلى الله عليه وسلم: ((حُبِّبَ إلَِى كُلِّ امْرِئٍ شَيْءٌ، وَحُبِّبَ إِلَيَّ النِّسَاءُ وَالطِّيبُ، وَجُعِلَتْ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلَاةِ)). [((الضعيفة)) (6940)].
(Tiada asal pada bahagian tambahan yang dipermulaan) Daripada Anas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Telah diletakkan rasa cinta kepada setiap orang akan sesuatu perkara, diletakkan padaku rasa cinta akan wanita dan wangian, dan dijadikan solat sebagai penyejuk mataku.)) [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6940].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman