Telah diampunkan untuk kamu dan juga sahabatmu itu

TEKS BAHASA ARAB

غفر لك ولصاحبك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Telah diampunkan untuk kamu dan juga sahabatmu itu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 754, hadis nombor 3860. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: كنت أطوف مع النبي – صلى الله عليه وسلم – فسمع رجلا يقول: اللهم! اغفر لفلان. فقال: ((مه؟)) . فقال: يا رسول الله! رجل حملني أن أدعو له عند الركن والمقام. فقال: ((غفر لك ولصاحبك)).
[ابن حبان في ((الثقات))، ((الضعيفة)) (5688)]

(Sangat lemah) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Aku bertawaf bersama Nabi SAW lalu baginda mendengar seorang lelaki berkata: Ya Allah! Engkau ampunkanlah si fulan. Lalu baginda SAW bersabda: “Apa itu?” Lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah! Lelaki ini mahu aku berdoa kepadanya di rukun dan maqam (Kaabah). Lalu baginda bersabda: “Telah diampunkan untuk kamu dan juga sahabatmu itu.”
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Thiqat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5688]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs