Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Telah diampunkan untuk kamu dan juga sahabatmu itu

Teks Bahasa Arab

غُفِرَ لك ولصاحبِك.

Teks Bahasa Melayu

Telah diampunkan untuk kamu dan juga sahabatmu itu.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 754, hadis no. 3860. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: كنت أطوف مع النبي - صلى الله عليه وسلم - فسمع رجلا يقول: اللهم! اغفر لفلان. فقال: ((مه؟)) . فقال: يا رسول الله! رجل حملني أن أدعو له عند الركن والمقام. فقال: ((غفر لك ولصاحبك)). [ابن حبان في ((الثقات))، ((الضعيفة)) (5688)]

(Terlalu Daif) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Aku bertawaf bersama Nabi SAW lalu baginda mendengar seorang lelaki berkata: Ya Allah! Engkau ampunkanlah si fulan. Lalu baginda SAW bersabda: “Apa itu?” Lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah! Lelaki ini mahu aku berdoa kepadanya di rukun dan maqam (Kaabah). Lalu baginda bersabda: “Telah diampunkan untuk kamu dan juga sahabatmu itu.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Thiqat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5688]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.