Telah datang Ramadhan, jika hambaku mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال وقد أهل _ رمضان _ لو علم العباد ما في رمضان لتمنت أمتي أن يكون رمضان السنة كلها _ إلخ.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Bahawa Nabi SAW bersabda: Telah datang Ramadhan, jika hambaku mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka umatku akan berharap seluruh tahun adalah ramadhan… hingga akhir hadis.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 88, hadis nombor 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه أبو يعلى عن ابن مسعود مرفوعا وهو موضوع آفته: جرير بن أيوب وسياقه وسياق الذي قبله مما يشهد العقل أنهما موضوعان فلا معنى لاستدراك السيوطي لهما على ابن الجوزي: بأنه قد رواهما غير من رواهما عنه ابن الجوزي فإن الموضوع لا يخرج عن كونه موضوعا برواية الرواة له.

Abu Ya’la meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dan ia adalah hadith palsu. Pemalsunya ialah Jarir bin Ayyub dan uslubnya dan uslub sebelumnya membuktikan pada akal bahawa kedua hadith diatas palsu. Tiada ada kesan apabila al-Suyuthi mengomentar kedua hadith di atas terhadap Ibn Jauzi: Bahawa perawi yang meriwayatkan kedua hadith ini bukan perawi yang diriwayatkan daripadanya Ibn al-Jauzi. Sesungguhnya hadith palsu tidak keluar dari kepalsuannya dengan riwayat perawi-perawi terhadap hadith tersebut.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs