Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال وقد أهل _ رمضان _ لو علم العباد ما في رمضان لتمنت أمتي أن يكون رمضان السنة كلها _ إلخ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Bahawa Nabi SAW bersabda: Telah datang Ramadhan, jika hambaku mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka umatku akan berharap seluruh tahun adalah ramadhan… hingga akhir hadis.
Sahabat Perawi
- ِAbdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 88, hadis no. 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Abu Ya’la meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dan ia adalah hadith palsu. Pemalsunya ialah Jarir bin Ayyub dan uslubnya dan uslub sebelumnya membuktikan pada akal bahawa kedua hadith diatas palsu. Tiada ada kesan apabila al-Suyuthi mengomentar kedua hadith di atas terhadap Ibn Jauzi: Bahawa perawi yang meriwayatkan kedua hadith ini bukan perawi yang diriwayatkan daripadanya Ibn al-Jauzi. Sesungguhnya hadith palsu tidak keluar dari kepalsuannya dengan riwayat perawi-perawi terhadap hadith tersebut.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman