Telah datang malaikat maut AS kepada seorang lelaki yang mati dan tidak ada padanya kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

حضر ملك الموت عليه السلام رجلا يموت فلم يجد فيه خيرا، وشق عن قلبه فلم يجد فيه شيئا، ثم فك عن لحييه فوجد طرف لسانه لاصقا بحنكه يقول: لا إله إلا الله، فغفر الله له بكلمة الإخلاص.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Malaikat maut AS telah datang kepada seorang lelaki yang mati yang tidak ada padanya kebaikan. Lalu dibedah jantungnya tetapi tidak didapati padanya kebaikan. Kemudian dibuka antara dua rahangnya, lalu dia mendapati hujung lidahnya melekat di lelangit mulutnya menyebut: "Tiada Tuhan melainkan Allah." Maka Allah mengampunkan dosanya dengan kalimah ikhlas.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1732, hadis nombor 8714. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((حضر ملك الموت عليه السلام رجلا يموت فلم يجد فيه خيرا، وشق عن قلبه فلم يجد فيه شيئا، ثم فك عن لحييه فوجد طرف لسانه لاصقا بحنكه يقول: لا إله إلا الله، فغفر الله له بكلمة الإخلاص.)) [المحاملي في ((الثالث من الأمالي))، خط، فر، الضياء، ((الضعيفة)) (2590)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi saw): ((Malaikat maut AS telah datang kepada seorang lelaki yang mati yang tidak ada padanya kebaikan. Lalu dibedah jantungnya tetapi tidak didapati padanya kebaikan. Kemudian dibuka antara dua rahangnya, lalu dia mendapati hujung lidahnya melekat di lelangit mulutnya menyebut: "Tiada Tuhan melainkan Allah." Maka Allah mengampunkan dosanya dengan kalimah ikhlas.))
[Riwayat al-Mahamili dalam al-Thalith min al-Amali, al-Khatib dalam al-Tarikh dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2590].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs