Telah datang Jibril kepadaku dengan membawa harisah dari syurga

TEKS BAHASA ARAB

 أَتَانِي جِبْرِيْلُ بِهَرِيْسَةِ فَنُّ الْجَنَّةِ فَأَكَلْتُهَا فَأُعْطِيتُ قُوَّةَ أَرْبَعِينَ رَجُلاً فِي الْجِمَاعِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Telah datang Jibril kepadaku dengan membawa harisah dari syurga. Maka aku menjamahnya lalu dikurniakan kekuatan jimak seperti 40 orang lelaki.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Ciri 9 Hadis Seperti Pandangan Doktor
Kandungan hadis digambarkan seperti pandangan para doktor atau tip-tip seumpamanya, seperti hadis:…

أَتَانِي جِبْرِيْلُ بِهَرِيْسَةِ فَنُّ الْجَنَّةِ فَأَكَلْتُهَا فَأُعْطِيتُ قُوَّةَ أَرْبَعِينَ رَجُلاً فِي الْجِمَاعِ
“Telah datang Jibril kepadaku dengan membawa harisah dari syurga. Maka aku menjamahnya lalu dikurniakan kekuatan jimak seperti 40 orang lelaki.”
—————————————-
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkodkan oleh Ibnu ‘Adi di dalam kitab al-Kamil (5/1159), Ibnu Jauzi di dalam kitab al-Maudhu’at (3/158). Ibnu Jauzi berkata hadis ini maudhu’ (palsu). Rujuk: al-Lali’ al-Masnu’ah (2/236), Tanzih asy-Syariah (2/253), al-Fawaid al-Majmu’ah (ms.176) dan Silsilah al-Ahadis adh-Dha’ifah (no.1686).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon