Telah berjaya barang siapa yang diberikan rezeki dengan diberi akal fikiran

TEKS BAHASA ARAB

عن رجل من بني قشير يقال له قرة بن هبيرة: أنه أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال له: إنه كانت لنا أرباب تعبد من دون الله فبعثك الله، فدعوناهن فلم يجبن، وسألناهن فلم يعطين، وجئناك فهدانا الله، وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: قد أفلح من رزق لبا. قال: يا رسول الله! اكسني ثوبين من ثيابك قد لبستهما، فكساه، فلما كان بالموقف في عرفات، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أعد علي مقالتك، فأعاد عليه، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (أفلح من رزق لبا)


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada seorang lelaki daripada Bani Qushair yang dipanggil Qurrah bin Hubairah: Telah datang kepada Nabi SAW lalu dia berkata: Sesungguhnya dulu kami mempunyai banyak tuhan yang disembah selain daripada Allah, lalu Allah mengutuskan kamu (Muhammad). Kami berdoa kepada mereka tetapi tdak dijawab dan kami memohon kepada mereka tetapi tidak diberi. Maka kami datang kepada Engkau lalu kami diberi hidayah oleh Allah. Telah berkata Rasulullah SAW: Telah berjaya barang siapa yang diberikan rezeki dengan diberi akal fikiran. Dia berkata: Wahai Rasulullah! Pakaikan kepadaku dua pakaian daripada pakaian kamu yang telah kamu pakai keduanya itu. Maka Baginda memakaikannya. Apabila berada pada salah satu tempat perhentian di Arafah, Baginda berkata: Ulang kepadaku apa yang telah kamu sebutkan. Lalu dia ulang. Kemudian Baginda berkata: Telah berjaya sesiapa yang diberikan akal fikiran.


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1678, hadis nombor 8463. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Qurrah bin Hubairah ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh-secara mu’allaq-al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs