Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عن رجل من بني قشير يقال له قرة بن هبيرة: أنه أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال له: إنه كانت لنا أرباب تعبد من دون الله فبعثك الله، فدعوناهن فلم يجبن، وسألناهن فلم يعطين، وجئناك فهدانا الله، وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: قد أفلح من رزق لبا. قال: يا رسول الله! اكسني ثوبين من ثيابك قد لبستهما، فكساه، فلما كان بالموقف في عرفات، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أعد علي مقالتك، فأعاد عليه، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (أفلح من رزق لبا)
Teks Bahasa Melayu
Daripada seorang lelaki daripada Bani Qushair yang dipanggil Qurrah bin Hubairah: Telah datang kepada Nabi SAW lalu dia berkata: Sesungguhnya dulu kami mempunyai banyak tuhan yang disembah selain daripada Allah, lalu Allah mengutuskan kamu (Muhammad). Kami berdoa kepada mereka tetapi tdak dijawab dan kami memohon kepada mereka tetapi tidak diberi. Maka kami datang kepada Engkau lalu kami diberi hidayah oleh Allah. Telah berkata Rasulullah SAW: Telah berjaya barang siapa yang diberikan rezeki dengan diberi akal fikiran. Dia berkata: Wahai Rasulullah! Pakaikan kepadaku dua pakaian daripada pakaian kamu yang telah kamu pakai keduanya itu. Maka Baginda memakaikannya. Apabila berada pada salah satu tempat perhentian di Arafah, Baginda berkata: Ulang kepadaku apa yang telah kamu sebutkan. Lalu dia ulang. Kemudian Baginda berkata: Telah berjaya sesiapa yang diberikan akal fikiran.
Sahabat Perawi
- Qurrah bin Hubairah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1678, hadis no. 8463. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh-secara mu’allaq-al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman