Telah berjayalah mereka yang mengikhlaskan jantung hatinya dengan keimanan

TEKS BAHASA ARAB

قد أفلح من أخلص قلبه للإيمان، وجعل قلبه سليما، ولسانه صادقا، ونفسه مطمئنة، وخليقته مستقيمة، وجعل أذنه مستمعة، وعينه ناظرة. فأما الأذن فقمع، والعين فمقرة لما يوعي القلب، وقد أفلح من جعل قلبه واعيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Telah berjayalah mereka yang mengikhlaskan jantung hatinya dengan keimanan, dia menjadikan jantung hatinya sejahtera, lidahnya jujur, jiwanya tenang, akhlaknya lurus, serta dia menjadikan telinganya sentiasa mendengar dengan teliti, dan matanya sentiasa melihat. Adapun telinga itu adalah pencegah, dan mata itu adalah tempat menetapnya apa yang boleh disimpan di dalam jantung hati. Dan telah berjayalah mereka yang menjadikan jantung hatinya sentiasa waspada.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2030, hadis nombor 10211. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

ضعيف)
عن أبي ذر – رضي الله عنه – أن رسول الله ﷺ قال: قد أفلح من أخلص قلبه للإيمان، وجعل قلبه سليما، ولسانه صادقا، ونفسه مطمئنة، وخليقته مستقيمة، وجعل أذنه مستمعة، وعينه ناظرة. فأما الأذن فقمع، والعين فمقرة لما يوعي القلب، وقد أفلح من جعل قلبه واعيا.
[حم، أبو سليمان الحراني في ((الفوائد))، هب، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (4985)]

(Lemah)
Daripada Abu Dzar RA, sesungguhnya Rasulullah SAW berkata: Telah berjayalah mereka yang mengikhlaskan jantung hatinya dengan keimanan, dia menjadikan jantung hatinya sejahtera, lidahnya jujur, jiwanya tenang, akhlaknya lurus, serta dia menjadikan telinganya sentiasa mendengar dengan teliti, dan matanya sentiasa melihat. Adapun telinga itu adalah pencegah, dan mata itu adalah tempat menetapnya apa yang boleh disimpan di dalam jantung hati. Dan telah berjayalah mereka yang menjadikan jantung hatinya sentiasa waspada.
[Riwayat Ahmad, Abu Sulaiman al-Harani dalam al-Fawaid, al-Baihaqi dalam al-Syu’ab, al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4985]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs