Telah beribadah seorang lelaki di tempat ibadahnya lalu turun hujan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تعبد رجل في صومعته ، فمطرت السماء ، فأعشبت الأرض ، فرأى حماره يرعى ، فقال : يا رب لو كان لك حمارا ، أرعيته مع حماري ؟ فبلغ ذلك نبيا من أنبياء بني إسرائيل ، فأراد أن يدعو عليه ، فأوحى الله إليه : إنما أجازي العباد على قدر عقولهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Telah beribadah seorang lelaki di tempat ibadahnya lalu turun hujan, bumi pun mengeluarkan rumput dan dia melihat keldai yang dipelihara sambil berkata: Wahai Tuhan! Sekiranya ada bagi kamu keldai maka aku akan peliharanya bersama keldaiku? Lalu telah sampai berita itu kepada seorang nabi daripada nabi Bani Israel dan dia (nabi) ingin mendoakan keburukan ke atasnya. Kemudian Allah wahyukan kepadanya: Sesungguhnya Aku memberikan ganjaran kepada hamba-hamba mengikut kadar akalnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1715, hadis nombor 8620. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (تعبد رجل في صومعة فمطرت السماء فاعشبت الأرض فرأى حمارا يرعى فقال: يا رب! لو كان لك حمار ارعيته مع حماري؟ فبلغ ذلك نبيا من أنبياء بني إسرائيل فأراد ان يدعو عليه فأوحى الله إليه إنما اجازي علي العباد على قدر عقولهم). [عد، هب، خط، ابن الجوزي، ابن شاهن، ((الضعيفة)) (6876)].

(Munkar) Daripada Jabir RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Telah beribadah seorang lelaki di tempat ibadahnya lalu turun hujan, bumi pun mengeluarkan rumput dan dia melihat keldai yang dipelihara sambil berkata: Wahai Tuhan! Sekiranya ada bagi kamu keldai maka aku akan peliharanya bersama keldaiku? Lalu telah sampai berita itu kepada seorang nabi daripada nabi Bani Israel dan dia (nabi) ingin mendoakan keburukan ke atasnya. Kemudian Allah wahyukan kepadanya: Sesungguhnya Aku memberikan ganjaran kepada hamba-hamba mengikut kadar akalnya.” [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, al-Khatib dalam al-Tarikh, Ibn al-Jawzi dan Ibn Shahin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6876]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.