Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَعَبَّدَ رجلٌ في صومعتِهِ ، فمطرتِ السماءُ ، فأعشبتِ الأرضُ ، فرأى حمارَهُ يَرْعى ، فقال : يا ربِّ لو كان لكَ حمارًا ، أرعيتَهُ مع حماري ؟ فبلغَ ذلكَ نبيًّا من أنبياءِ بني إسرائيلَ ، فأرادَ أن يدعوَ عليهِ ، فأَوْحَى اللهُ إليهِ : إنَّما أُجازِي العبادَ على قَدْرِ عُقُولِهم.
Teks Bahasa Melayu
Telah beribadah seorang lelaki di tempat ibadahnya lalu turun hujan, bumi pun mengeluarkan rumput dan dia melihat keldai yang dipelihara sambil berkata: Wahai Tuhan! Sekiranya ada bagi kamu keldai maka aku akan peliharanya bersama keldaiku? Lalu telah sampai berita itu kepada seorang nabi daripada nabi Bani Israel dan dia (nabi) ingin mendoakan keburukan ke atasnya. Kemudian Allah wahyukan kepadanya: Sesungguhnya Aku memberikan ganjaran kepada hamba-hamba mengikut kadar akalnya.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1715, hadis no. 8620. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Jabir RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Telah beribadah seorang lelaki di tempat ibadahnya lalu turun hujan, bumi pun mengeluarkan rumput dan dia melihat keldai yang dipelihara sambil berkata: Wahai Tuhan! Sekiranya ada bagi kamu keldai maka aku akan peliharanya bersama keldaiku? Lalu telah sampai berita itu kepada seorang nabi daripada nabi Bani Israel dan dia (nabi) ingin mendoakan keburukan ke atasnya. Kemudian Allah wahyukan kepadanya: Sesungguhnya Aku memberikan ganjaran kepada hamba-hamba mengikut kadar akalnya.” [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, al-Khatib dalam al-Tarikh, Ibn al-Jawzi dan Ibn Shahin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6876]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman