Telah berbangga Talhah bin Shaibah dari Bani Abd al-Dar, Abbas bin Abd al-Muttalib dan Ali bin Abi Talib

TEKS BAHASA ARAB

افتخر طلحة بن شيبة – من بني عبد الدار – وعباس بن عبد المطلب وعلي بن أبي طالب. فقال طلحة: أنا صاحب البيت معي مفتاحه، لو أشاء بت فيه. وقال عباس: أنا صاحب السقاية والقائم عليها، لو أشاء بت في المسجد. وقال علي: ما أدري ما تقولان! لقد صليت إلى القبلة ستة أشهر قبل الناس، وأنا صاحب الجهاد! فأنزل الله: (أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن بالله واليوم الآخر وجاهد في سبيل الله لا يستوون عند الله والله لا يهدي القوم الظالمين).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Telah berbangga Talhah bin Shaibah dari Bani Abd al-Dar, Abbas bin Abd al-Muttalib dan Ali bin Abi Talib. Talhah berkata: Aku adalah tuan bagi rumah dan bersamaku kuncinya sekiranya aku ingin aku boleh tinggal di dalamnya. Abbas berkata: Aku suka memberi minum dan sentiasa melakukannya, sekiranya aku ingin aku boleh tinggal di masjid. Ali berkata: Aku tidak faham apa yang kamu berdua ucapkan. Aku telah solat dalam keadaan mengadap ke arah kiblat selama enam bulan sebelum manusia (yang lain) dan aku merupakan seorang yang suka berjihad. Maka Allah turunkan ayat (yang bermaksud): “Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.” [al-Taubah: 19]

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1488, 1489, hadis nombor 7593. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن كعب، قال: افتخر طلحة بن شيبة – من بني عبد الدار – وعباس بن عبد المطلب وعلي بن أبي طالب. فقال طلحة: أنا صاحب البيت معي مفتاحه، لو أشاء بت فيه. وقال عباس: أنا صاحب السقاية والقائم عليها، لو أشاء بت في المسجد. وقال علي: ما أدري ما تقولان! لقد صليت إلى القبلة ستة أشهر قبل الناس، وأنا صاحب الجهاد! فأنزل الله: "أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن بالله واليوم الآخر وجاهد في سبيل الله لا يستوون عند الله والله لا يهدي القوم الظالمين". [ابن جرير، ((الضعيفة)) (4926)]

(Lemah) Daripada Muhammad bin Ka’ab berkata: Telah berbangga Talhah bin Shaibah dari Bani Abd al-Dar, Abbas bin Abd al-Muttalib dan Ali bin Abi Talib. Talhah berkata: Aku adalah tuan bagi rumah dan bersamaku kuncinya sekiranya aku ingin aku boleh tinggal di dalamnya. Abbas berkata: Aku suka memberi minum dan sentiasa melakukannya, sekiranya aku ingin aku boleh tinggal di masjid. Ali berkata: Aku tidak faham apa yang kamu berdua ucapkan. Aku telah solat dalam keadaan mengadap ke arah kiblat selama enam bulan sebelum manusia (yang lain) dan aku merupakan seorang yang suka berjihad. Maka Allah turunkan ayat (yang bermaksud): “Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.” [al-Taubah: 19] [Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4926]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs