Telagaku yang aku minum daripadanya pada hari kiamat dan sesiapa yang mengikutku daripada kalangan nabi-nabi dan Allah mengutuskan seekor unta kaum Thamud untuk Nabi Soleh

TEKS BAHASA ARAB

حوضي أشرب منه يوم القيامة ومن اتبعني من الأنبياء، ويبعث الله ناقة ثمود لصالح فيحلبها فيشربها والذين آمنوا معه حتى توافي بها الموقف معه ولها رغاء، قال: فقال له رجل من القوم وأظنه معاذ بن جبل: يا رسول الله، وأنت يومئذ على العضباء؟ قال: لا، ابنتي فاطمة على العضباء، وأحشر أنا على البراق وأختص به دون الأنبياء. قال: ثم نظر إلى بلال فقال: يحشر هذا على ناقة من نوق الجنة فيقدمنا بالأذان محضا. فإذا قال: أشهد أن لا إله إلا الله، قالت الأنبياء مثلها: ونحن نشهد أن لا إله إلا الله. فإذا قال: أشهد أن محمدا رسول الله، فمن مقبول منه ومردود عليه، فيتلقى بحلة من حلل الجنة، وأول من يكسى يوم القيامة من حلل الجنة بعد الأنبياء الشهداء وصالح المؤمنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Telagaku yang aku minum daripadanya pada hari kiamat dan sesiapa yang mengikutku daripada kalangan nabi-nabi dan Allah mengutuskan seekor unta kaum Thamud untuk Nabi Soleh agar memerah susunya serta meminumnya dan orang-orang yang beriman bersamanya sehingga dibawa dengannya ke perhentian (Mahsyar) bersamanya dan ia mengeluarkan bunyi. Telah berkata kepadanya seorang lelaki daripada kaum tersebut-aku merasakan dia adalah Mu’az bin Jabal-: Wahai Rasulullah! Dan kamu pada waktu itu berada di atas al-Adbha’ (nama unta Nabi SAW)? Baginda menjawab: Tidak anak perempuanku Fatimah berada di atas al-Adbha’ dan aku akan dibangkitkan di atas al-Buraq kerana aku dikhususkan dengannya tidak pada nabi-nabi yang lain.” Kemudian Baginda melihat kepada Bilal lalu berkata: Akan dibangkitkan ini (Bilal) di atas unta-unta daripada syurga kerana dia sentiasa mendahului kita dengan azan. Apabila dia berkata: Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, berkata para nabi sepertinya dan kami bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah. Apabila dia berkata: Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, maka perkataan itu diterima daripadanya dan dikembalikan kepadanya (orang menjawabnya), maka dia akan dipakaikan dengan pakaian daripada pakaian syurga dan dia merupakan yang pertama akan dipakaikan pada hari kiamat dengan pakaian-pakaian syurga selepas para nabi, orang yang syahid dan orang mukmin yang soleh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1715, hadis nombor 8621. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سويد بن عمير قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (حوضي أشرب منه يوم القيامة ومن اتبعني من الأنبياء، ويبعث الله ناقة ثمود لصالح فيحلبها فيشربها والذين آمنوا معه حتى توافي بها الموقف معه ولها رغاء، قال: فقال له رجل من القوم وأظنه معاذ بن جبل: يا رسول الله، وأنت يومئذ على العضباء؟ قال: لا، ابنتي فاطمة على العضباء، وأحشر أنا على البراق وأختص به دون الأنبياء. قال: ثم نظر إلى بلال فقال: يحشر هذا على ناقة من نوق الجنة فيقدمنا بالأذان محضا. فإذا قال: أشهد أن لا إله إلا الله، قالت الأنبياء مثلها: ونحن نشهد أن لا إله إلا الله. فإذا قال: أشهد أن محمدا رسول الله، فمن مقبول منه ومردود عليه، فيتلقى بحلة من حلل الجنة، وأول من يكسى يوم القيامة من حلل الجنة بعد الأنبياء الشهداء وصالح المؤمنين). [عق، ((الضعيفة)) (6534)].

(Palsu) Daripada Suwaid bin ‘Umair, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Telagaku yang aku minum daripadanya pada hari kiamat dan sesiapa yang mengikutku daripada kalangan nabi-nabi dan Allah mengutuskan seekor unta kaum Thamud untuk Nabi Soleh agar memerah susunya serta meminumnya dan orang-orang yang beriman bersamanya sehingga dibawa dengannya ke perhentian (Mahsyar) bersamanya dan ia mengeluarkan bunyi. Telah berkata kepadanya seorang lelaki daripada kaum tersebut-aku merasakan dia adalah Mu’az bin Jabal-: Wahai Rasulullah! Dan kamu pada waktu itu berada di atas al-Adbha’ (nama unta Nabi SAW)? Baginda menjawab: Tidak! Anak perempuanku Fatimah berada di atas al-Adbha’ dan aku akan dibangkitkan di atas al-Buraq kerana aku dikhususkan dengannya tidak pada nabi-nabi yang lain.” Kemudian Baginda melihat kepada Bilal lalu berkata: "Akan dibangkitkan ini (Bilal) di atas unta-unta daripada syurga kerana dia sentiasa mendahului kita dengan azan. Apabila dia berkata: Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, berkata para nabi sepertinya dan kami bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah. Apabila dia berkata: Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, maka perkataan itu diterima daripadanya dan dikembalikan kepadanya (orang menjawabnya), maka dia akan dipakaikan dengan pakaian daripada pakaian syurga dan dia merupakan yang pertama akan dipakaikan pada hari kiamat dengan pakaian-pakaian syurga selepas para nabi, orang yang syahid dan orang mukmin yang soleh.” [Riwayat al-’Uqaili dalam al-Du‘afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6534]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs