Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Telagaku jaraknya antara sekian hingga sekian

Teks Bahasa Arab

حَوْضِي ما بينَ كذا إلى كذا فيهِ من الآنيةِ عددُ النجومِ أطيبُ ريحًا من المِسْكِ وأحلى من العسلِ وأبردُ من الثلجِ وأبيضُ من اللبنِ . من شربَ منهُ شربةً لم يظمأْ أبدًا ، ومن لم يشربْ منهُ لم يُرْوَ أبدًا.

Teks Bahasa Melayu

Telagaku jaraknya antara sekian hingga sekian, di dalamnya ada bekas sebanyak bilangan bintang-bintang. Ia lebih harum berbanding bau kasturi, lebih manis berbanding madu, lebih sejuk berbanding salji dan lebih putih berbanding susu. Sesiapa yang meminumnya sekali, dia tidak akan kehausan selamanya dan sesiapa yang tidak pernah meminumnya, maka dia akan dahaga selamanya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1390, hadis no. 7057. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة: (ومن لم يشرب ...)) عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم : حوضي ما بين كذا إلى كذا، فيه من الآنية عدد النجوم، أطيب ريحا من المسك، وأحلى من العسل، وأبرد من الثلج وأبيض من اللبن، من شرب منه شربة لم يظمأ أبداً، ومن لم يشرب منه لم يرو أبدا. [الطيالسي، البزار، طس، ((الضعيفة)) (6700)]

(Munkar dengan penambahan: (Dan sesiapa yang tidak minum...) Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Telagaku jaraknya antara sekian hingga sekian, di dalamnya ada bekas sebanyak bilangan bintang-bintang. Ia lebih harum berbanding bau kasturi, lebih manis berbanding madu, lebih sejuk berbanding salji dan lebih putih berbanding susu. Sesiapa yang meminumnya sekali, dia tidak akan kehausan selamanya dan sesiapa yang tidak pernah meminumnya, maka dia akan dahaga selamanya. [Riwayat al-Tayalisi, al-Bazzar dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6700]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.