TEKS BAHASA ARAB
إن حوضي من كذا إلى كذا فيه من الآنية عدد النجوم أطيب ريحا من المسك وأحلى من العسل وأبرد من الثلج وأبيض من اللبن من شرب منه شربة لم يظمأ أبداً ومن لم يشرب منه لم يرو أبدا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Telagaku ini diperbuat daripada begini dan begini. Dalamnya terdapat bekas-bekas minuman sebanyak bilangan bintang. Ia lebih harum daripada kasturi, lebih manis daripada madu, lebih dingin daripada salji, lebih putih daripada susu. Sesiapa yang meminumnya walaupun seteguk, dia tidak akan haus buat selama-lamanya. Sesiapa yang tidak meminumnya, tidak akan hilang dahaganya buat selama-lamanya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1113, hadis nombor 5631. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة ومن لم يشرب) عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إن حوضي من كذا إلى كذا فيه من الآنية عدد النجوم أطيب ريحا من المسك وأحلى من العسل وأبرد من الثلج وأبيض من اللبن، من شرب منه شربة لم يظمأ أبدًا ومن لم يشرب منه لم يرو أبدا. [الطيالسي، البزار، طس،الضعيفة (6700)].
(Munkar dengan tambahan ‘Sesiapa yang tidak meminum’) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Telagaku ini diperbuat daripada begini dan begini. Dalamnya terdapat bekas-bekas minuman sebanyak bilangan bintang. Ia lebih harum daripada kasturi, lebih manis daripada madu, lebih dingin daripada salji, lebih putih daripada susu. Sesiapa yang meminumnya walaupun seteguk, dia tidak akan haus buat selama-lamanya. Sesiapa yang tidak meminumnya, tidak akan hilang dahaganya buat selama-lamanya. [riwayat al-Tayalisi dalam Musnadnya, riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6700]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.