Telagaku, aku akan minum daripadanya pada hari kiamat kelak bersama para nabi yang mengikutiku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حوضي أشرب منه يوم القيامة ومن اتبعني من الأنبياء، ويبعث الله ناقة ثمود لصالح فيحتلبها ويشربها والذين آمنوا معه؛ حتى توافي بها الموقف معه ولها رغاء، فقال له رجل من القوم – وأظنه معاذ بن جبل -: يا رسول الله! وأنت يومئذ على العضباء؟ قال: لا؛ ابنتي فاطمة على العضباء، وأحشر أنا على البراق، وأختص به دون الأنبياء. ثم نظر إلى بلال فقال: يحشر هذا على ناقة من نوق الجنة، فيقدمنا بالأذان محضا، فإذا، قال: أشهد أن لا إله إلا الله؛ قالت الأنبياء مثلها: ونحن نشهد أن لا إله إلا الله، فإذا، قال: أشهد أن محمدا رسول الله، فمن مقبول ومن ومردود عليه، فيتلقى بحلة من حلل الجنة، وأول من يكسى يوم القيامة من حلل الجنة بعد الأنبياء الشهداء، وصالح المؤمنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Telagaku, aku akan minum daripadanya pada hari kiamat kelak bersama para nabi yang mengikutiku. Allah akan membangkitkan unta kaum Thamud milik Nabi Salih, lalu beliau memerah susunya dan meminumnya bersama dengan orang-orang beriman. Sehingga ia memenuhi (keperluan) tempat itu bersamanya dengan unta itu, dan unta itu membunyikan deramannya. Seorang lelaki daripada kelompok itu berkata kepada baginda – aku beranggapan beliau ialah Mu’az bin Jabal -: Wahai Rasulullah, pada hari itu kamu berada di atas al-‘Adba’ (nama unta milik Nabi)? Baginda menjawab: Tidak. Puteriku Fatimah yang akan berada di atas al-‘Adba’. Aku pula akan dihimpunkan dalam keadaan menaiki buraq, dan aku dikhaskan baginya, bukan bagi para nabi yang lain. Kemudian baginda memandang kepada Bilal, lalu bersabda: Beliau ini akan dihimpunkan di atas salah seekor unta syurga. Beliau mendahului kita dengan azan sahaja. Apabila beliau mengucapkan: "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak untuk disembah selain Allah", para nabi akan mengucapkan perkataan yang sama: "Kami juga bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak untuk disembah selain Allah". Apabila beliau mengucapkan: "Aku bersaksi bahawa Muhammad ialah pesuruh Allah", ada yang diterima dan ada yang ditolak kembali. Kemudian beliau mendapatkan pakaian daripada pakaian-pakaian syurga. Orang yang pertama yang akan dipakaikan selepas para nabi pada hari kiamat ialah para syuhada dan para Mukmin yang soleh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 373, hadis nombor 1979. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سويد بن عمير، قال: قال رسول الله ﷺ: «حوضي أشرب منه يوم القيامة ومن اتبعني من الأنبياء، ويبعث الله ناقة ثمود لصالح فيحتلبها ويشربها والذين آمنوا معه؛ حتى توافي بها الموقف معه ولها رغاء، فقال له رجل من القوم – وأظنه معاذ بن جبل -: يا رسول الله! وأنت يومئذ على العضباء؟ قال: لا؛ ابنتي فاطمة على العضباء، وأحشر أنا على البراق، وأختص به دون الأنبياء. ثم نظر إلى بلال فقال: يحشر هذا على ناقة من نوق الجنة، فيقدمنا بالأذان محضا، فإذا، قال: أشهد أن لا إله إلا الله؛ قالت الأنبياء مثلها: ونحن نشهد أن لا إله إلا الله، فإذا، قال: أشهد أن محمدا رسول الله، فمن مقبول ومن ومردود عليه، فيتلقى بحلة من حلل الجنة، وأول من يكسى يوم القيامة من حلل الجنة بعد الأنبياء الشهداء، وصالح المؤمنين». [عق، «الضعيفة» (6534)].

(Palsu) Daripada Suwayd bin ‘Umayr, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Telagaku, aku akan minum daripadanya pada hari kiamat kelak bersama para nabi yang mengikutiku. Allah akan membangkitkan unta kaum Thamud milik Nabi Salih, lalu beliau memerah susunya dan meminumnya bersama dengan orang-orang beriman. Sehingga ia memenuhi (keperluan) tempat itu bersamanya dengan unta itu, dan unta itu membunyikan deramannya. Seorang lelaki daripada kelompok itu berkata kepada baginda – aku beranggapan beliau ialah Mu’az bin Jabal -: Wahai Rasulullah, pada hari itu kamu berada di atas al-‘Adba’ (nama unta milik Nabi)? Baginda menjawab: Tidak. Puteriku Fatimah yang akan berada di atas al-‘Adba’. Aku pula akan dihimpunkan dalam keadaan menaiki buraq, dan aku dikhaskan baginya, bukan bagi para nabi yang lain. Kemudian baginda memandang kepada Bilal, lalu bersabda: Beliau ini akan dihimpunkan di atas salah seekor unta syurga. Beliau mendahului kita dengan azan sahaja. Apabila beliau mengucapkan: "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak untuk disembah selain Allah", para nabi akan mengucapkan perkataan yang sama: "Kami juga bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak untuk disembah selain Allah". Apabila beliau mengucapkan: "Aku bersaksi bahawa Muhammad ialah pesuruh Allah", ada yang diterima dan ada yang ditolak kembali. Kemudian beliau mendapatkan pakaian daripada pakaian-pakaian syurga. Orang yang pertama yang akan dipakaikan selepas para nabi pada hari kiamat ialah para syuhada dan para Mukmin yang soleh. [Riwayat al-‘Uqayli dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6534].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.