Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Telagaku akan diminum olehku pada hari kiamat dan sesiapa yang mengikutiku dalam kalangan nabi

Teks Bahasa Arab

حوضي أشربُ منه يومَ القيامةِ ومن اتبعني من الأنبياءِ، ويبعثُ اللهُ ناقةَ ثمودَ لصالحٍ فيحتلبُها ويشربُها والذين آمنوا معه؛ حتى تُوافيَ بها الموقفَ معهُ ولها رُغاءٌ، فقال له رجلٌ من القَومِ -وأَظُنهُ مُعَاذ بن جَبَل-: يا رسولَ اللهِ! وأنت يومئذٍ على العضباءِ؟ قال: لا؛ ابنتي فاطمةُ على العضباءِ، وأُحشرُ أنا على البراقِ، وأختصُ به دون الأنبياءِ. ثم نظر إلى بلالٍ فقال: يُحشرُ هذا على ناقةٍ من نوقِ الجنةِ، فيقدمُنا بالأذانِ محضًا، فإذا، قال: أشهدُ أن لا إلهَ إلا اللهُ؛ قالت الأنبياءُ مثلَها: ونحن نشهدُ أنْ لا إلهَ إلا اللهُ، فإذا، قال: أشهدُ أنَّ محمدًا رسولُ اللهِ، فمن مقبولٍ منه ومردودٍ عليه، فيتلقَّى بحُلةٍ من حُلَلِ الجنةِ، وأولُ من يُكسى يومَ القيامةِ من حُلَلِ الجنةِ بعدَ الأنبياءِ الشهداءُ، وصالحُ المُؤمِنِينَ.

Teks Bahasa Melayu

Telagaku akan diminum olehku pada hari kiamat dan sesiapa yang mengikutiku dalam kalangan nabi. Allah mengutuskan unta Tsamud kepada Nabi Soleh lalu dia memerah susunya dan meminumnya berserta orang-orang yang beriman dengannya. Sehingga ia datang bersamanya ke padang mahsyar di mana unta itu mengeluarkan bunyi. Lalu seorang lelaki daripada kaum itu -aku menyangka dia ialah Muadz bin Jabal- bertanya: Wahai Rasulullah SAW! Engkau hari itu di atas unta al-‘Adhba’? Baginda bersabda: Tidak, anakku Fatimah berada di atas al-‘Adhba’. Aku akan dibangkitkan dalam keadaan aku berada di atas Buraq, dan inilah keistimewaanku berbanding para nabi. Kemudian baginda melihat kepada Bilal dan berkata: Lelaki ini akan dibangkitkan dalam keadaan berada di atas unta daripada unta-unta syurga. Lalu dia mendahulukan dengan azan. Ketika beliau menyebutkan: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, para Nabi akan berkata sepertinya: Kami juga bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah. Apabila beliau menyebut: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, ada yang menerima dan ada yang menolak. Lalu dia didatangkan dengan satu perhiasan daripada perhiasan-perhiasan syurga. Dialah orang yang pertama yang akan dipakaikan dengan perhiasan syurga ini pada hari kiamat selepas para nabi, syuhada serta orang-orang mukmin yang soleh.

Sahabat Perawi

  1. Suwaid bin Umair RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 701, hadis no. 3595. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سويد بن عمير، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((حوضي أشرب منه يوم القيامة ومن اتبعني من الأنبياء، ويبعث الله ناقة ثمود لصالح فيحتلبها ويشربها والذين آمنوا معه؛ حتى توافى بها الموقف معه ولها رغاء، فقال له رجل من القوم -وأظنه معاذ بن جبل-: يا رسول الله! وأنت يومئذ على العضباء؟ قال: لا؛ ابنتي فاطمة على العضباء، وأحشر أنا على البراق، وأختص به دون الأنبياء. ثم نظر إلى بلال فقال: يحشر هذا على ناقة من نوق الجنة، فيقدمنا بالأذان محضا، فإذا، قال: أشهد أن لا إله إلا الله؛ قالت الأنبياء مثلها: ونحن نشهد أن لا إله إلا الله، فإذا، قال: أشهد أن محمدا رسول الله، فمن مقبول منه ومردود عليه، فيتلقى بحلة من حلل الجنة، وأول من يكسى يوم القيامة من حلل الجنة بعد الأنبياء الشهداء، وصالح المؤمنين)). [عق، ((الضعيفة)) (٦٥٣٤)]

(Palsu) Daripada Suwaid bin ‘Umair RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Telagaku akan diminum olehku pada hari kiamat dan sesiapa yang mengikutiku dalam kalangan nabi. Allah mengutuskan unta Tsamud kepada Nabi Soleh lalu dia memerah susunya dan meminumnya berserta orang-orang yang beriman dengannya. Sehingga ia datang bersamanya ke padang mahsyar di mana unta itu mengeluarkan bunyi. Lalu seorang lelaki daripada kaum itu -aku menyangka dia ialah Muadz bin Jabal- bertanya: Wahai Rasulullah SAW! Engkau hari itu di atas unta al-‘Adhba’? Baginda bersabda: Tidak, anakku Fatimah berada di atas al-‘Adhba’. Aku akan dibangkitkan dalam keadaan aku berada di atas Buraq, dan inilah keistimewaanku berbanding para nabi. Kemudian baginda melihat kepada Bilal dan berkata: Lelaki ini akan dibangkitkan dalam keadaan berada di atas unta daripada unta-unta syurga. Lalu dia mendahulukan dengan azan. Ketika beliau menyebutkan: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, para Nabi akan berkata sepertinya: Kami juga bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah. Apabila beliau menyebut: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, ada yang menerima dan ada yang menolak. Lalu dia didatangkan dengan satu perhiasan daripada perhiasan-perhiasan syurga. Dialah orang yang pertama yang akan dipakaikan dengan perhiasan syurga ini pada hari kiamat selepas para nabi, syuhada serta orang-orang mukmin yang soleh. [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6534]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.