Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا تخفَّفت أُمَّتِي بالخِفافِ ذاتِ المناقبِ الرجالُ والنساءُ وخصفوا نعالَهم تخلى اللهُ عنهم.
Teks Bahasa Melayu
Apabila umatku berhias dengan memakai khuf (yang ditambah perhiasan/yang dipercantikkan) (dengan tujuan berhias dan berbangga diri), sama ada lelaki dan wanita, dan mereka menjahit (menampal/menyulam) selipar mereka (dengan bahan yang diharamkan seperti benang sutera -bagi lelaki-) maka Allah akan mengabaikan (tidak memperdulikan) mereka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1615, hadis no. 8148. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إذا تخففت أمتي بالخفاف ذات المناقب؛ الرجال والنساء، وخصفوا نعالهم؛ تخلى الله عنهم)). [طب، ((الضعيفة)) (2421)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas R.anhuma secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Apabila umatku berhias dengan memakai khuf (yang ditambah perhiasan/yang dipercantikkan) (dengan tujuan berhias dan berbangga diri), sama ada lelaki dan wanita, dan mereka menjahit (menampal/menyulam) selipar mereka (dengan bahan yang diharamkan seperti benang sutera -bagi lelaki-) maka Allah akan mengabaikan (tidak memperdulikan) mereka.)) [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2421].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman