Tayangkan bahu kalian, dan berlari-lari anak ketika bertawaf

TEKS BAHASA ARAB

اكشفوا عن المناكب واسعوا في الطواف. ليرى المشركون جلدهم وقوتهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tayangkan bahu kalian, dan berlari-lari anak ketika bertawaf, agar orang-orang musyrikin dapat melihat kulit dan kekuatan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1103-1104, hadis nombor 5590. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا اللفظ) عن ابن شهاب، قال: ثم خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم من العام القابل من عام الحديبية معتمرًا في ذي القعدة سنة سبع، وهو الشهر الذي صده فيه المشركون عن المسجد الحرام حتى إذا بلغ يأجج وضع الأداة كلها: الحجف والمجان والرماح والنبل، ودخلوا بسلاح الراكب: السيوف… فلما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم، أمر أصحابه فقال: اكْشِفُوا عَنِ الْمَنَاكِبِ، وَاسْعَوْا فِي الطَّوَافِ. لِيَرَى الْمُشْرِكونَ جَلْدَهُمْ وَقُوَّتَهُمْ. وكان يكابدهم بكل ما استطاع، فانكفأ أهل مكة الرجال والنساء والصبيان ينظرون إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وأصحابه وهم يطوفون بالبيت وعبد الله بن رواحة يرتجز بين يدي رسول الله صلى الله عليه وسلم متوشحًا بالسيف يقول:
خَلُّوا بَنِي الْكُفَّارِ عَنْ سَبِيلِهِ *** أَنَا الشَّهِيدُ أَنَّهُ رَسُولُهُ
قَدْ أنْزَلَ الرَّحْمَنُ فِي تَنْزِيلِهِ *** فِي صُحُفٍ تُتْلَى: رَسُوله
فَالْيَوْمَ نَضْرِبُكُمْ عَلَى تَأْوِيلِهِ *** كَمَا ضَرَبْنَاكُمْ عَلَى تَنْزِيلِهِ
ضَرْبًا يُزِيلُ الْهَامَ عَنْ مَقِيلِهِ *** وَيُذْهِلُ الْخَلِيلَ عَنْ خَلِيلِهِ
قال: وَتَغَيَّبَ رِجَالٌ مِنْ أَشْرَافِ الْمُشْرِكِينَ أَنْ يَنْظُرُوا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَيْظًا وَحَنَقًا وَنَفَاسَةً وَحَسَدًا، خَرَجُوا إِلَى الخندمة، فَقام رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بمكة وَأَقَامَ ثلاث ليال، وكان ذلك آخر القضية يوم الحديبية. [الطبراني، البيهقي في دلائل النبوة، الضعيفة (7043)].

(Lemah dengan lafaz ini) Daripada Ibn Shihab, beliau menceritakan: Kemudian Rasulullah SAW keluar pada tahun kemudiannya selepas peristiwa Hudaibiyah bagi menunaikan umrah pada bulan Zulkaedah tahun ke-7 hijrah, ia adalah bulan yang sama dengan peristiwa orang Musyrikin menghalang mereka daripada datang ke Masjidil Haram. Apabila Baginda tiba di Ya’jaj, Baginda meletakkan segala peralatan peperangan seperti perisai dan anak panah, yang dibawa hanyalah pedang sahaja. Apabila Baginda bergerak ke hadapan, Baginda memerintahkan para sahabat dengan bersabda: Tayangkan bahu kalian, dan berlari-lari anak ketika bertawaf, agar orang-orang musyrikin dapat melihat kulit dan kekuatan mereka. Baginda berusaha sedaya upaya untuk menggerunkan orang-orang musyrikin, sehingga menyebabkan penduduk Makkah mengelilingi mereka, sama ada lelaki, perempuan, dan kanak-kanak, semuanya menyaksikan Rasulullah SAW dan para sahabat bertawaf di Kaabah. ‘Abdullah bin Rawahah pula bersenandung di samping Nabi SAW sambil mengawang pedangnya.Ketepilah wahai orang kafir daripada laluan Baginda, aku bersaksi bahawa Baginda merupakan utusan-Nya. Tuhan telah mengakui dalam kitab-Nya, dalam lembaran tercatat Rasul-Nya.Justeru hari ini kami pukul kalian dengan takwilannya, sebagaimana kami pukul kalian berdasarkan ketetapan penurunannya, dengan satu pukulan yang menggeser kepala dari tempat tidurnya, dan yang menyebabkan seorang kekasih lupa akan kekasihnya. Mendengar ucapan itu, pemuka-pemuka musyrikin menghilangkan diri daripada melihat Rasulullah SAW kerana benci, marah, cemburu dan hasad, lalu mereka berkumpul di al-Khandamah. Rasulullah SAW bermukim di Makkah selama tiga malam. Peristiwa ini merupakan peristiwa terakhir pada hari Hudaibiyah. [Riwayat al-Tabarani, Riwayat al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7043]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs