Tidak ada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: حاككوا الباعة، فَإِنَّهُ لَا ذمَّة لَهُم.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Tawar-menawarlah dengan penjual kerana sesungguhnya tidak ada tanggungan bagi mereka.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Tidak ada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 71, hadis no. 165. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السيوطي: لا أصل له.
Al-Suyuthi berkata: Tidak ada asalnya.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman