Tawaflah dengan kedua kaki kamu dan tangan kamu 7 pusingan sebanyak dua kali

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

طوفي على رجليك سبعين سبعا على يديك، وسبعا على رجليك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tawaflah dengan kedua kaki kamu dan tangan kamu 7 pusingan sebanyak dua kali, 7 pusingan dengan tanganmu dan 7 pusingan dengan kakimu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 758, hadis nombor 3879. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن معاوية بن حديج -رضي الله عنه- :أنه قدم على رسول الله صلى الله عليه وسلم ومع أمه كبشة بنت معدي كرب عمة الأشعث ابن قيس، فقالت أمه: يا رسول الله! إنى آليت أن أطوف بالبيت حبوا! فقال لها رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((طوفي على رجليك سبعين سبعا على يديك، وسبعا على رجليك)).
[قط، ((الضعيفة)) (6369)]

(Munkar) Daripada Muawiyah bin Hudaij RA, bahawa dia mendatangi Rasulullah SAW dan bersama ibunya Kabsyah binti Ma’di Karib ibu saudara kepada al-Asy’ath bin Qais, lalu ibunya berkata: Wahai Rasulullah SAW! Aku telah bersumpah ingin melakukan tawaf secara merangkak! Lalu Rasulullah SAW berkata kepada: “Tawaflah dengan kedua kaki kamu dan tangan kamu 7 pusingan sebanyak dua kali, 7 pusingan dengan tanganmu dan 7 pusingan dengan kakimu.”
[Riwayat Sunan al-Daraqutni. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6369]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.