Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
طوفي على رِجليكَ سَبْعينِ: سَبعًا على يديكِ وسَبعًا على رجلَيكَ.
Teks Bahasa Melayu
Tawaflah dengan kedua kaki kamu dan tangan kamu 7 kali, dan 7 kali dengan kakimu.
Sahabat Perawi
- Muawiyah bin Hudaij RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 814, hadis no. 4195. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن معاوية بن حديج–رضي الله عنه- أنه قدم على رسول الله -صلى الله عليه وسلم-ومعه أمه كبشة بنت معدي كرب عمة الأشعث ابن قيس، فقالت أمه: يا رسول الله! إني آليت أن أطوف بالبيت حبوا! فقال لها رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((طوفي على رجليك سبعين: سبعا على يديك وسبعا على رجليك)). [قط، ((الضعيفة)) (6369)].
(Munkar) Daripada Muawiyah bin Hudaij RA berkata: Dia datang kepada Rasulullah SAW dan bersamanya ada ibunya Kabsyah binti Ma’di Karib ibu saudara kepada al-Asy’ath bin Qais, lalu ibunya berkata: Wahai Rasulullah SAW! Sesungguhnya aku mahu melakukan tawaf dengan merangkak! Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Tawaflah dengan kedua kaki kamu dan tangan kamu 7 kali, dan 7 kali dengan kakimu.” [Riwayat Daruqutni dalam Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6369]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman