Tawaf keliling Ka'abah sebanyak tujuh kali pada hari yang panas terik

TEKS BAHASA ARAB

من طاف حول البيت سبعا في يوم صائف شديد حره، وحسر عن رأسه، وقارب بين خطاه، وقل التفاته، وغض بصره، وقل كلامه إلا بذكر الله تعالى، واستلم الحجر في كل طواف من غير أن يؤذي أحدا: كتب الله له بكل قدم يرفعها ويضعها سبعين ألف حسنة، ومحا عنه سبعين ألف سيئة، ورفع له سبعين ألف درجة، ويعتق الله عنه سبعين رقبة، ثمن كل رقبة عشرة آلاف درهم، ويعطيه الله تعالى سبعين شفاعة، إن شاء في أهل بيته من المسلمين، وإن شاء في العامة، وإن شاء عجلت له في الدنيا، وإن شاء أخرت له في الآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa tawaf keliling Ka’abah sebanyak tujuh kali pada hari yang panas terik, menurunkan lapik dari kepalanya, merapatkan langkahnya, sedikit berpaling, merendahkan pandangannya, percakapan yang sedikit melainkan berzikir kepada Allah Ta’ala dan menyentuh Hajar (Aswad) bagi setiap pusingan tanpa menyakiti sesiapa, Allah akan menulis bagi setiap langkah yang diangkat dan diletakkan kakinya dengan tujuh puluh ribu kebaikan, memadamkan daripadanya tujuh puluh ribu keburukan, mengangkat baginya tujuh puluh ribu darjat, membebaskan untuknya tujuh puluh hamba dan setiap hamba bernilai sepuluh ribu dirham dan Allah akan memberikannya tujuh puluh syafaat jika dia ingin untuk keluarganya daripada kalangan Muslimin atau jika dia inginkannya untuk orang ramai, jika dia inginkan ia akan disegerakan di dunia dan jika dia ingin akan dilewatkan untuknya di akhirat.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 188, hadis nombor 346. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أخرجه الجندي في (تاريخ مكة) عن ابن عباس مرفوعا. وفي (الرسالة) المنسوبة إلى الحسن البصري، و(مناسك ابن الحج) وثنحوه، وهو باطل، هذا الكلام السخاوي. ووافقه المنوفي أيضا. والحق أن لوائاح الوضع ظاهرة عليه فتأمله.

Al-Janadi meriwayatkannya dalam Tarikh Makkah daripada Ibn Abbas, dalam al-Risalah yang disandarkan kepada al-Hasan al-Basri dan Manasik Ibn al-Hajj, dan seumpamanya. Ia adalah batil. Ini adalah kalam al-Sakhawi dan disepakati oleh al-Manufi juga. Pandangan yang betul, petanda hadis palsu jelas padanya maka perhatikanlah.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.