TEKS BAHASA ARAB
من طاف بهذا البيت أسبوعا وصلى خلف المقام ركعتبن، وشرب من ماء زمزم غفرت له ذنوبه بالغة ما بلغت!
TEKS BAHASA MALAYSIA
Siapa yang tawaf Kaabah ini selama seminggu dan dia solat di belakang makam Ibrahim dua rakaat dan dia minum air zamzam, Aku akan ampunkan baginya dosa-dosa apa yang ada.
STATUS
Tidak sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 188, hadis nombor 345. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السخاوي: لا يصح. وقد ولع به العامة كثيرا لا سيما بمكة، بحيث كتب على بعض جدرها الملاصق لزمزم. وتعلقوا في ثبوته بمنام وشبهه مما لا تثبت الأحادبث النبوية بمثله.
Al-Sakhawi berkata: Tidak sahih dan ia telah menjadi kegemaran orang ramai lebih-lebih lagi di Mekah kerana ia tercatat pada sebahagian dindingnya yang melekat dengan zamzam dan mereka telah kaitkan sabitnya ia melalui mimpi dan umpamanya, di mana tidak sabit hadis-hadis nabi semisalnya.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.