Tawaduklah terhadap orang yang kamu belajar dengannya

TEKS BAHASA ARAB

تواضعوا لمن تعلمون منه، وتواضعوا لمن تعلمون، ولا تكونوا من جبابرة العلماء، فيغلب جهلكم علمكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tawaduklah (merendah diri) terhadap orang yang kamu belajar dengannya dan tawaduklah terhadap orang yang diajarkan. Janganlah kamu menjadi ulama yang sombong, akibatnya kejahilan kamu akan mengatasi ilmu kamu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1262 – 1263, hadis nombor 6451. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: تواضعوا لمن تعلمون منه، وتواضعوا لمن تعلمون، ولا تكونوا من جبابرة العلماء، فيغلب جهلكم علمكم.
[الخطيب في ((الجامع))، فر، ((الضعيفة)) (3418)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tawaduklah (merendah diri) terhadap orang yang kamu belajar dengannya dan tawaduklah terhadap orang yang diajarkan. Janganlah kamu menjadi ulama yang sombong, akibatnya kejahilan kamu akan mengatasi ilmu kamu.
[Riwayat al-Khatib dalam al-Jami', al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3418]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs