TEKS BAHASA ARAB
التواضع لا يزيد العبد إلا رفعة، فتواضعوا يرفعكم الله عز وجل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tawaduk itu tidak menambahkan kepada seorang hamba melainkan kemuliaan. Maka bersikap tawaduklah kamu semua, nescaya Allah ‘Azza Wa Jalla akan mengangkat (kedudukan) kamu.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 54, hadis nombor 230. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((التواضع لا يزيد العبد إلا رفعة، فتواضعوا يرفعكم الله عز وجل)). [فر، ((الضعيفة)) (3425)].
(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW ): ((Tawaduk itu tidak menambahkan kepada seorang hamba melainkan kemuliaan. Maka bersikap tawaduklah kamu semua, nescaya Allah ‘Azza Wa Jalla akan mengangkat (kedudukan) kamu.))
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3425].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.