Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
التواضعُ لا يزيدُ العبدَ إلا رفعةً، فتواضعوا يرفعْكُمُ اللهُ عزَّ وجلَّ.
Teks Bahasa Melayu
Tawaduk itu tidak menambahkan kepada seorang hamba melainkan kemuliaan. Maka bersikap tawaduklah kamu semua, nescaya Allah ‘Azza Wa Jalla akan mengangkat (kedudukan) kamu.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 54, hadis no. 230. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((التواضع لا يزيد العبد إلا رفعة، فتواضعوا يرفعكم الله عز وجل)). [فر، ((الضعيفة)) (3425)].
(Terlalu Daif) Daripada Anas RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW ): ((Tawaduk itu tidak menambahkan kepada seorang hamba melainkan kemuliaan. Maka bersikap tawaduklah kamu semua, nescaya Allah ‘Azza Wa Jalla akan mengangkat (kedudukan) kamu.)) [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3425].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman