Taubat Nasuha adalah: Penyesalan terhadap dosa ketika ia terlampau daripadamu

TEKS BAHASA ARAB

التوبة النصوح: النّدم على الذنب حين يفرط منك، فتستغفر الله بندامتك عند الحافر، ثم لا تعود إليه أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Taubat Nasuha adalah: Penyesalan terhadap dosa ketika ia terlampau daripadamu, lalu engkau meminta ampun kepada Allah dengan segera, dan kemudian engkau tidak kembali kepadanya selamanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1997, hadis nombor 10013. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي بن كعب -رضي الله عنه -، قال: سألت النبي ﷺ عن التوبة النصوح، فقال: «التوبة النصوح: الندم على الذنب حين يفرط منك، فتستغفر الله بندامتك عند الحافر، ثم لا تعود إليه أبدا».
[الخطابي في «الغريب»، «الضعيفة» (2250)].

(Palsu)
Daripada Ubai bin Ka’ab RA, beliau berkata: Aku telah menanyakan Nabi SAW mengenai Taubat Nasuha. Lalu Baginda bersabda; “Taubat Nasuha adalah: Penyesalan terhadap dosa ketika ia terlampau daripadamu, lalu engkau meminta ampun kepada Allah dengan segera, dan kemudian engkau tidak kembali kepadanya selamanya”.
[Riwayat al-Khattabi dalam al-Gharib. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2250].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs