Tatkala turun ayat {Dan berilah amaran terhadap kaum kerabatmu yang dekat} (surah al-Shu‘ara’: 214), Rasulullah SAW memanggil saya

TEKS BAHASA ARAB

هذا أخي ووصيي وخليفتي فيكم، فاسمعوا له وأطيعوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Inilah saudaraku dan pembantuku dan penggantiku dalam kalangan kamu, maka dengarilah apa yang disampaikan oleh beliau dan taatilah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 493, hadis nombor 2655. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه-، قال: ((لما نزلت: ﴿وأنذر عشيرتك الأقربين﴾ [دعاني رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال لي: ((يا علي! إن الله أمرني أن أنذر عشيرتي الأقربين]، فضقت بذلك ذرعا، وعرفت أني متى أناديهم بهذا الأمر أرى منهم ما أكره، فصمت عليها حتى جاءني جبريل فقال: يا محمد! إنك إن لم تفعل ما تؤمر به سيعذبك ربك! فاصنع لنا صاعا من طعام، واجعل عليه رجل شاة، واملأ لنا عسا من لبن، واجمع لي بني عبد المطلب حتى أبلغهم)). فصنع لهم الطعام [وهم يومئذ أربعون رجلا؛ يزيدون رجلا أو ينقصون، فيهم أعمامه: أبو طالب وحمزة والعباس وأبو لهب]، وحضروا فأكلوا وشبعوا، وبقي الطعام. قال: ثم تكلم رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: ((يا بني عبد المطلب! إني -والله- ما أعلم شابا من العرب جاء قومه بأفضل مما جئتكم به؛ إني قد جئتكم بخير الدنيا والآخرة، وإن ربي أمرني أن أدعوكم، فأيّكم يؤازرني على هذا الأمر على أن يكون أخي ووصيي وخليفتي فيكم؟ ". فأحجم القوم عنها جميعا، وإني لأحدثهم سنا. فقلت: أنا يا نبي الله! أكون وزيرك عليه. فأخذ برقبتي ثم قال: ((هذا أخي ووصيي وخليفتي فيكم، فاسمعوا له وأطيعوا. يعني: عليا رضي الله عنه)). [ابن جرير، البزار، أبو نعيم في ((الدلائل))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4932)].

(Palsu)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA, beliau berkata: Tatkala turun ayat {Dan berilah amaran terhadap kaum kerabatmu yang dekat} (surah al-Shu‘ara’: 214), Rasulullah SAW memanggilku lalu baginda berkata kepadaku: Wahai ‘Ali! Sesungguhnya Allah memerintahkanku untuk memberikan amaran terhadap kaum kerabatku yang dekat, lalu aku merasa sempit dengan perkara tersebut dan aku tahu bahawa apabila aku menyeru mereka dengan perintah ini aku akan lihat daripada mereka apa yang aku tidak sukai. Maka aku mendiamkan diri terhadapnya sehinggalah Jibrail datang menemuiku, lalu ia berkata: Wahai Muhammad! Sesungguhnya jika engkau tidak melaksanakan apa yang engkau diperintahkan dengannya, engkau akan diazab oleh Tuhanmu! Maka buatkanlah untuk kami satu sa‘ (ukuran 3.24kg gandum) makanan, dan letakkan di atasnya kaki kambing, penuhkan untuk setiap daripada kami segelas susu dan kumpulkan untukku Bani ‘Abd al-Muttalib supaya dapat aku sampaikan dakwahku ini kepada mereka. Lalu beliau (Ali) menyediakan makanan buat mereka dan jumlah mereka ketika itu sekitar 40 orang, tambah atau kurang seorang lelaki. Di kalangan mereka termasuklah bapa-bapa saudara baginda: Abu Talib, Hamzah, al-Abbas, dan Abu Lahab. Mereka kesemuanya hadir dan mereka makan sehingga kenyang, dan masih berbaki makanan. Ali berkata: Kemudian Rasulullah SAW mula berbicara dan bersabda: Wahai Bani Abd al-Muttalib, sesungguhnya aku tidak mengenali sesiapa pun dari kalangan pemuda Arab yang mendatangi kaumnya dengan apa yang lebih baik daripada yang aku bawakan kepada kalian; sesungguhnya aku membawakan kepada kalian kebaikan dunia dan akhirat, dan sesungguhnya tuhanku memerintahkanku untuk berdakwah kepada kalian, maka siapakah dari kalangan kalian yang sudi membantuku dalam hal ini sehingga dia menjadi saudaraku, dan penasihatku, dan penggantiku? Lalu kesemua mereka diam, dan ketika itu aku adalah yang paling muda dalam kalangan mereka. Aku seraya berkata: Aku wahai Nabi Allah, aku akan menjadi pembantumu dalam hal itu. Baginda lalu memegang lututku dan bersabda: Inilah saudaraku dan pembantuku dan penggantiku dalam kalangan kamu, maka dengarilah apa yang disampaikan oleh beliau dan taatilah.
[Riwayat Ibn Jarir, al-Bazzar, Abu Nu‘aim dalam kitab al-Dala’il, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4932].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs