Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لما أهبطَ اللهُ تعالى آدمَ إلى الأرض؛ كان أوَّلَ ما أكلَ من ثمارِها النَّبَقُ.
Teks Bahasa Melayu
Tatkala Allah menurunkan Adam ke muka bumi, buah-buahannya yang pertama sekali dimakan oleh baginda ialah buah bidara.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 428, hadis no. 2304. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: «لما أهبط الله تعالى آدم إلى الأرض؛ كان أول ما أكل من ثمارها النبق». [خط، ابن الجوزي في «العلل»، «الضعيفة» (6192)].
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Tatkala Allah menurunkan Adam ke muka bumi, buah-buahannya yang pertama sekali dimakan oleh baginda ialah buah bidara. [Riwayat al-Khāṭib al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād dan Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6192].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman