Tatkala aku sedang berdiri, tiba-tiba ada satu golongan

TEKS BAHASA ARAB

بينا أنا قائم، فإذا زمرة، حتى إذا عرفتهم؛ خرج رجل من بيني وبينهم فقال: هلم. فقلت: إلى أين؟ قال: إلى النار والله! قلت: وما شأنهم؟ قال: إنهم ارتدوا بعدك على أدبارهم القهقرى. ثم إذا زمرة، حتى إذا عرفتهم؛ خرج رجل من بينى وبينهم فقال: هلم. قلت: أين؟ قال: إلى النار والله! قلت: ما شأنهم؟ قال: إنهم ارتدوا بعدك على أدبارهم القهقرى؛ فلا أراه يخلص منهم إلا مثل همل النعم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tatkala aku sedang berdiri, tiba-tiba ada satu golongan. Sehinggalah aku mengenali mereka, keluar seorang lelaki antara aku dan mereka lalu dia berkata: "Ayuh". Aku bertanya: "Ke mana?". Dia menjawab: "Ke dalam api neraka, demi Allah!". Aku bertanya: "Apa halnya mereka itu?". Dia menjawab: "Sesungguhnya mereka ini telah murtad berundur kembali ke belakang selepas (kewafatan) kamu". Kemudian ada lagi satu golongan. Sehinggalah aku mengenali mereka, keluar seorang lelaki antara aku dan mereka lalu dia berkata: "Ayuh". Aku bertanya: "Ke mana?". Dia menjawab: "Ke dalam api neraka, demi Allah!". Aku bertanya: "Apa halnya mereka itu?". Dia menjawab: "Sesungguhnya mereka ini telah murtad berundur kembali ke belakang dan aku tidak melihat ada yang terkeluar daripada mereka melainkan seperti unta yang terlepas".

STATUS

Shadz, bahkan munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 572, hadis nombor 2958. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ، بل منكر) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «بينا أنا قائم، فإذا زمرة، حتى إذا عرفتهم؛ خرج رجل من بيني وبينهم فقال: ‌هلم. فقلت: إلى أين؟ قال: إلى النار والله! قلت: وما شأنهم؟ قال: إنهم ارتدوا بعدك على أدبارهم القهقرى. ثم إذا زمرة، حتى إذا عرفتهم؛ خرج رجل من بينى وبينهم فقال: ‌هلم. قلت: أين؟ قال: إلى النار والله! قلت: ما شأنهم؟ قال: إنهم ارتدوا بعدك على أدبارهم القهقرى؛ فلا أراه يخلص منهم إلا مثل همل النعم». [خ، «الضعيفة» (6945)].

(Shadz, bahkan Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: Tatkala aku sedang berdiri, tiba-tiba ada satu golongan. Sehinggalah aku mengenali mereka, keluar seorang lelaki antara aku dan mereka lalu dia berkata: "Ayuh". Aku bertanya: "Ke mana?". Dia menjawab: "Ke dalam api neraka, demi Allah!". Aku bertanya: "Apa halnya mereka itu?". Dia menjawab: "Sesungguhnya mereka ini telah murtad berundur kembali ke belakang selepas (kewafatan) kamu". Kemudian ada lagi satu golongan. Sehinggalah aku mengenali mereka, keluar seorang lelaki antara aku dan mereka lalu dia berkata: "Ayuh". Aku bertanya: "Ke mana?". Dia menjawab: "Ke dalam api neraka, demi Allah!". Aku bertanya: "Apa halnya mereka itu?". Dia menjawab: "Sesungguhnya mereka ini telah murtad berundur kembali ke belakang dan aku tidak melihat ada yang terkeluar daripada mereka melainkan seperti unta yang terlepas". [Riwayat al-Bukahri dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6945].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs