Tasbih Kaffarah sebelum menutup suatu majlis

TEKS BAHASA ARAB

من سره أن يكتال بالمكيال الأوفى من الأجر يوم القيامة؛ فليقل آخر ‌مجلسه ‌حين يريد أن يقوم: {سبحان ربك رب العزة عما يصفون (180) وسلام على المرسلين (181) والحمد لله رب العالمين (182)} [الصافات:180- 182].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang suka untuk dihisab dengan timbangan yang sempurna daripada pahala pada hari kiamat; Maka hendaklah dia berkata di akhir majlisnya ketika dia ingin (sebelum) bangun: Akuilah kesucian Tuhanmu, – Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, – daripada apa yang mereka katakan! Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul. Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. [Surah al-Saffat: ayat 180-182].

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 721, hadis nombor 3684. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الشعبي قال: قال رسول الله ﷺ: من سره أن يكتال بالمكيال الأوفى من الأجر يوم القيامة؛ فليقل آخر ‌مجلسه ‌حين يريد أن يقوم: {سبحان ربك رب العزة عما يصفون (180) وسلام على المرسلين (181) والحمد لله رب العالمين (182)} [الصافات:180- 182].
[ابن أبي حاتم في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (6530)].

(Lemah)
Daripada al-Sya’bi berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang suka untuk dihisab dengan timbangan yang sempurna daripada pahala pada hari kiamat; Maka hendaklah dia berkata di akhir majlisnya ketika dia ingin (sebelum) bangun: Akuilah kesucian Tuhanmu, – Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, – daripada apa yang mereka katakan! Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul. Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. [Surah al-Saffat: ayat 180-182].
[Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-Tafsir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6530].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs