Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
التسبيحُ والتكبيرُ أفضلُ منَ الصدقةِ.
Teks Bahasa Melayu
Tasbih dan takbir lebih utama berbanding sedekah.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1455, hadis no. 7401. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعاً: ((التسبيح والتكبير أفضل من الصدقة)). [فر، ((الضعيفة)) (3426)]
(Lemah) Daripada 'Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tasbih dan takbir lebih utama berbanding sedekah. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad Al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3426].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman