Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سَلُوا أَهْلَ الشَّرَفِ عَنِ الْعِلْمِ فَإِنْ كَانَ عِنْدَهُمْ عِلْمٌ فَاكْتُبُوهُ فَإِنَّهُمْ لَا يَكْذِبُونَ.
Teks Bahasa Melayu
Tanyalah orang-orang yang mempunyai kelebihan berkenaan ilmu, kerana sekiranya mereka mempunyai ilmu, maka tulislah ilmu tersebut. Sesungguhnya mereka tidak berdusta.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 44, hadis no. 229. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Orang yang memalsukan hadith ini bukan termasuk orang-orang yang mempunyai kelebihan kerana dia seorang pendusta, maka kita tidak boleh menerima daripadanya akan pembohongan ini.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman