Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الموتُ غنيمةٌ، والمعصيةُ مصيبةٌ، والفقرُ راحةٌ، والغنَى عقوبةٌ، والعقلُ هديَّةٌ من اللهِ، والجهلُ ضلالةٌ، والظُّلمُ ندامةٌ، والطَّاعةُ قُرَّةُ العينِ، والبكاءُ من خشيةِ اللهِ النَّجاةُ من النَّارِ، والضَّحِكُ هلاكُ البدنِ، والتَّائبُ من الذَّنبِ كمن لا ذنبَ له.
Teks Bahasa Melayu
Kematian adalah habuan (harta rampasan), maksiat adalah musibah, kemiskinan adalah kerehatan (tenteram), kekayaan adalah balasan, akal adalah hadiah (pemberian) daripada Allah, kejahilan adalah kesesatan, kezaliman adalah penyesalan, ketaatan adalah penyejuk mata, tangisan kerana takutkan Allah adalah penyelamat daripada neraka, ketawa adalah kebinasaan kepada tubuh badan dan orang yang bertaubat daripada dosa adalah seperti orang yang tidak melakukan dosa.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1396, hadis no. 7084. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat munkar kecuali ayat terakhir) Daripada 'Aishah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Kematian adalah habuan (harta rampasan), maksiat adalah musibah, kemiskinan adalah kerehatan (tenteram), kekayaan adalah balasan, akal adalah hadiah (pemberian) daripada Allah, kejahilan adalah kesesatan, kezaliman adalah penyesalan, ketaatan adalah penyejuk mata, tangisan kerana takutkan Allah adalah penyelamat daripada neraka, ketawa adalah kebinasaan kepada tubuh badan dan orang yang bertaubat daripada dosa adalah seperti orang yang tidak melakukan dosa. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6526]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman