TEKS BAHASA ARAB
البكاء من الرحمة، والصراخ من الشيطان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tangisan itu adalah rahmat tetapi raungan itu daripada syaitan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1736, hadis nombor 8738. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بكير بن عبد الله الأشج: أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – بكى على إبراهيم ابنه، فصرخ أسامة بن زيد، فنهاه النبي – صلى الله عليه وسلم -، فقال: رأيتك تبكي! فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((البكاء من الرحمة، والصراخ من الشيطان)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (3381)].
(Lemah)
Daripada Bukair bin Abdullah al-Ashaj, Rasulullah SAW pernah menangis kerana (kematian) anaknya Ibrahim, (melihatkan keadaan tersebut), Usamah Bin Zaid pun meraung-raung dan Nabi SAW menghalangnya. Usamah berkata: Aku melihat kau menangis. Rasulullah SAW bersabda: ((Tangisan itu adalah rahmat tetapi raungan itu daripada syaitan)).
[Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3381].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.