Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
البكاءُ منَ الرحمةِ، والصُّراخُ منَ الشيطانِ
Teks Bahasa Melayu
Tangisan itu adalah rahmat tetapi raungan itu daripada syaitan.
Sahabat Perawi
- Bukair bin Abdullah al-Asyajj
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1736, hadis no. 8738. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بكير بن عبد الله الأشج: أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - بكى على إبراهيم ابنه، فصرخ أسامة بن زيد، فنهاه النبي - صلى الله عليه وسلم -، فقال: رأيتك تبكي! فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((البكاء من الرحمة، والصراخ من الشيطان)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (3381)].
(Lemah) Daripada Bukair bin Abdullah al-Ashaj, Rasulullah SAW pernah menangis kerana (kematian) anaknya Ibrahim, (melihatkan keadaan tersebut), Usamah Bin Zaid pun meraung-raung dan Nabi SAW menghalangnya. Usamah berkata: Aku melihat kau menangis. Rasulullah SAW bersabda: ((Tangisan itu adalah rahmat tetapi raungan itu daripada syaitan)). [Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3381].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman