Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tanggalkanlah selipar-selipar kamu ketika makan

Teks Bahasa Arab

اخلعوا نِعَالَكم عند الطعامِ، فإنها سُنَّةٌ جميلةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Tanggalkanlah selipar-selipar kamu ketika makan kerana ia merupakan satu sunnah yang indah.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 193, hadis no. 994. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((اخلعوا نعالكم عند الطعام، فإنها سنة جميلة)). [ك، ((الضعيفة)) (‌‌2159)]

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tanggalkanlah selipar-selipar kamu ketika makan kerana ia merupakan satu sunnah yang indah. [Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 2159]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.