Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اخْلَعُوا نِعالَكُمْ عِنْدَ الطَّعامِ فإِنَّها سُنَّةٌ جَمِيلةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Tanggalkanlah selipar-seliparmu ketika makan kerana ia satu sunnah yang cantik.
Sahabat Perawi
- Abu 'Abbas bin Jabr
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 10, hadis no. 27. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Sanadnya Saqit (gugur kelayakan untuk berhujjah) ia bukanlah termasuk lafaz-lafaz yang diucapkan oleh Nabi.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman