Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tanggalkan perhiasan-perhiasan wanita

Teks Bahasa Arab

أعْرُوا النِّساءَ يَلْزَمْنَ الحِجالَ.

Teks Bahasa Melayu

Tanggalkan perhiasan-perhiasan wanita, nescaya mereka akan tetap di bilik.

Sahabat Perawi

  1. Maslamah bin Makhlad

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 18, hadis no. 77. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ibn al-Jawzi menyebutkannya dalam al-Mawdhu'at dan penulis (al-Suyuti) cuba menilainya sebagai thabit melalui banyak sanadnya. Sedangkan hadith tersebut tidak mempunyai melainkan hanya tiga sahaja sanad yang kesemuanya matruk dan gugur kelayakan berhujah, sokongan tersebut tidak memberikan apa-apa faedah dalam menguatkan. Dalam sunnah yang sahih terdapat sesuatu yang bercanggahan dengan hadith tersebut. Dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dan beliau menilainya sahih melalui hadith Mu'awiyah bin Haidah bahawa Nabi SAW bersabda: "Menjadi hak bagi wanita terhadap suaminya agar si suami memberinya makan apabila dia makan, memberi pakaian apabila dia memakainya". Dalam Sunan Abu Dawd dengan lafaz: "Datangilah kebun (isteri) kamu sebagaimana yang kamu mahu, berikanlah dia makan apabila kamu makan dan berikanlah dia pakaian apabila kamu pakai".

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.