Tangan al-Rahman akan berada di atas kepala muazin

TEKS BAHASA ARAB

يد الرحمن على رأس المؤذن ما دام يؤذن وإنه ليغفر له مدى صوته أين بلغ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tangan al-Rahman akan berada di atas kepala muazin selagimana dia melaungkan azan dan Dia akan mengampunkan dosanya sepanjang suaranya sampai ke mana-mana.

STATUS

(Terdapat Perawi Bermasalah pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 36. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«يد الرحمن على رأس المؤذن ما دام يؤذن وإنه ليغفر له مدى صوته أين بلغ» فيه أبو حفص ليس بشيء.

“Tangan al-Rahman akan berada di atas kepala muazin selagimana dia melaungkan azan dan Dia akan mengampunkan dosanya sepanjang suaranya sampai ke mana-mana.”
Dalam sanadnya terdapat perawi yang bernama Abu Hafs. Beliau adalah seorang perawi yang tidak ada kelayakan meriwayatkan hadith.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs