Tanda-tanda seorang mukmin

TEKS BAHASA ARAB

العدل حسن، ولكن في الأمراء أحسن، والسخاء حسن، ولكن في الأغنياء أحسن، والورع حسن، ولكن في العلماء أحسن، والصبر حسن، ولكن في الفقراء أحسن، والتوبة حسن، ولكن في الشباب أحسن، والحياء حسن، ولكن في النساء أحسن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Enam perkara yang baik, namun sekiranya ia dimiliki oleh enam golongan ini maka ia adalah lebih baik. Berlaku adil itu baik, namun pada para pemimpin ia adalah lebih baik. Sikap pemurah itu baik, namun pada golongan yang kaya ia adalah lebih baik. Sikap warak itu baik, namun pada para ulama ia adalah lebih baik. Sabar itu baik, namun pada golongan fakir maka itu adalah lebih baik. Taubat itu baik, namun jika ada pada pemuda maka ia adalah lebih baik. Sifat malu itu baik, namun jika ada pada orang perempuan maka itu adalah lebih baik.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 71, hadis nombor 338. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما-، قال: دخلت على علي بن أبي طالب، فقلت: ما علامة المؤمن؟ قال: دخلت على النبي – صلى الله عليه وسلم -، فقلت: ما علامة المؤمن؟ قال: ((ستة أشياء حسن، ولكن في ستة من الناس أحسن، ‌العدل ‌حسن، ‌ولكن ‌في ‌الأمراء ‌أحسن، ‌والسخاء ‌حسن، ‌ولكن ‌في ‌الأغنياء ‌أحسن، ‌والورع ‌حسن، ‌ولكن ‌في ‌العلماء ‌أحسن، ‌والصبر ‌حسن، ‌ولكن ‌في ‌الفقراء ‌أحسن، ‌والتوبة ‌حسن، ‌ولكن ‌في ‌الشباب ‌أحسن، ‌والحياء ‌حسن، ‌ولكن ‌في ‌النساء ‌أحسن)).
[فر، ((الضعيفة)) (‌‌3936)]

(Palsu)
Daripada Jābir ibn ‘Abdullah RA berkata: “Aku berjumpa dengan ‘Alī ibn Abū Ṭālib RA lalu aku bertanya: “Apakah tanda-tanda seorang mukmin? Beliau berkata: “Aku bertemu dengan Nabi SAW lalu aku bertanya: “Apakah tanda-tanda seorang mukmin? Lalu Baginda SAW menjawab: “Enam perkara yang baik, namun sekiranya ia dimiliki oleh enam golongan ini maka ia adalah lebih baik. Berlaku adil itu baik, namun pada para pemimpin ia adalah lebih baik. Sikap pemurah itu baik, namun pada golongan yang kaya ia adalah lebih baik. Sikap warak itu baik, namun pada para ulama ia adalah lebih baik. Sabar itu baik, namun pada golongan fakir maka itu adalah lebih baik. Taubat itu baik, namun jika ada pada pemuda maka ia adalah lebih baik. Sifat malu itu baik, namun jika ada pada orang perempuan maka itu adalah lebih baik.”
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3936).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs