Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الآيَاتُ بَعْدَ المِائَتَيْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Tanda-tanda kiamat akan muncul selepas 200 tahun.
Sahabat Perawi
- Abu Qatadah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1313, hadis no. 6705. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي قتادة رضي الله عنه مرفوعا: الآيات بعد المائتين. [هـ، عق، القطيعي في ((جزء الألف دينار))، ك، ((الضعيفة)) (١٩٦٦)]
(Palsu) Daripada Abi Qatadah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tanda-tanda kiamat akan muncul selepas 200 tahun. [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, al-'Uqaili dalam al-Du’afa’ al-Kabir, al-Qati'ei dalam Juz al-Alif Dinar, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1966]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman