Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tanda-tanda (kiamat akan muncul)

Teks Bahasa Arab

الآياتُ ‌بَعْدَ ‌المِائَتَيْنِ.

Teks Bahasa Melayu

Tanda-tanda (kiamat akan muncul) setelah 200 tahun.

Sahabat Perawi

  1. Abu Qatadah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 24, hadis no. 116. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ibn al-Jawzi telah memasukkannya dalam al-Mawdhu'at dan tidak ada kesangsian mengenai kebatilannya melainkan orang yang gila.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.