Tanda-tanda Kiamat adalah selepas dua ratus tahun

TEKS BAHASA ARAB

الآيات بعد المائتين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tanda-tanda Kiamat adalah selepas dua ratus tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 256, hadis nombor 199. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه ابن الجوزي في الموضوعات (3/ 197- 198) من طريق محمد بن يونس الكديمي، حدثنا عون بن عمارة ثنا عبد الله بن المثنى بن ثمامة بن عبد الله بن أنس عن أبيه عن جده عن أبي قتادة مرفوعاً به.
قال ابن الجوزي: هذا حديث موضوع على رسول الله صلى الله عليه وسلم وعون وابن المثنى ضعيفان غير أن المتهم به الكديمي.
قلت: وهو كما قال. فقد تابعه الحسن بن علي الخلال ثنا عون بن عمارة به. أخرجه ابن ماجة (4057) والعقيلي في الضعفاء (163/ 2) والدارقطني في العلل (ج 1/ ق 467/ 2). وتابعه إبراهيم بن عبد الله بن سليمان السعدي، ثنا عون به. أخرجه الحاكم (4/ 428) وقال: صحيح على شرط الشيخين. فتعقبه الذهبي بقوله: أحسبه موضوعا وعون ضعفوه . وقال العقيلي: هذا الحديث لا يعرف إلا بعون، وقد يروي هذا عن ابن سيرين قوله .
قلت: وعبد الله بن المثنى ضعفه ابن معين، وغيره. ومشاه آخرون. قال الأزدي: من مناكيره روايته عن أنس عن أبي قتادة: الآيات بعد المائتين وقال الحافظ ابن كثير في النهاية (1/ 11) : لا يصح . وقد استدل الإمام البخاري رحمه الله بطلانه بأن شواهد الحال تكذبه، فقال: قد مضى مائتان ولم يأت من الآيات شيء. نقله الذهبي والمزىء في ترجمة عون هذا. وبالجملة فالحديث موضوع كما قال ابن الجوزي.

Mawdhu'(Palsu) . Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’at (3/197-198) melalui sanad Muhammad bin Yunus al-Kudaimi, katanya ‘Awn bin ‘Ammarah telah menceritakan kepada kami, katanya Abd Allah bin al-Muthanna bin Thumamah bin Abd Allah bin Anas telah menceritakan kepada kami daripada ayahnya daripada datuknya daripada Abu Qatadah secara marfu’ hadith itu. Ibn al-Jawzi berkata: "Ini hadith rekaan atas Rasulullah SAW, ‘Awn dan Ibn al-Muthanna adalah perawi dha’if. Perawi yang terdakwa melakukan pendustaan terhadap hadith tersebut adalah al-Kudaimi".
Saya berkata: "Ianya sebagaimana yang beliau katakan". Beliau telah disokong oleh al-Hasan bin ‘Ali al-Khallal, katanya ‘Awn bin ‘Ammarah telah menceritakan kepada kami hadith tersebut. Ianya telah diriwayatkan oleh Ibn Majah (4057), al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (2/163), al-Daraqutni dalam al-‘Ilal (juz 1/hlm. 467/2). Beliau turut disokong oleh Ibrahim bin Abd Allah bin Sulayman al-Sa’di, katanya ‘Awn telah menceritakan kepada kami hadith tersebut. Ianya telah diriwayatkan oleh al-Hakim (4/428) seraya beliau berkata: "Sahih berdasarkan syarat al-Syeikhain". Al-Tirmizi telah berkomentar terhadap al-Hakim, katanya: "Saya merasakan ianya mawdhu’. Mereka menilai ‘Awn sebagai dha’if". Al-‘Uqaili pula berkata: "Hadith ini tidak diketahui melainkan melalui ‘Awn. Hadith ini turut diriwayatkan daripada Ibn Sirin sebagai kata-katanya".
Saya berkata: Abd Allah bin al-Muthanna turut dinilai dha’if oleh Ibn Ma’in dan lain-lain. Sebahagian lain pula tidak sependapat dengan beliau. Al-Azdi berkata: "Antara hadith beliau yang Munkar adalah riwayat beliau daripada Anas daripada Qatadah: Tanda-tanda Kiamat selepas 200 tahun". Al-Hafiz Ibn Kathir berkata dalam al-Nihayah (1/11): "Tidak sahih". Al-Imam al-Bukhari RH berdalilkan karutnya hadith tersebut berdasarkan bukti-bukti semasa mendedahkan pendustaannya, kata beliau: "Telah berlalu 200 tahun namun tidak berlaku pun mana-mana tanda (besar) Kiamat". Al-Zahabi dan al-Mizzi menukilkannya dalam biografi ‘Awn tersebut. Kesimpulannya, hadith tersebut adalah Mawdhu’ sebagaimana disebutkan oleh Ibn al-Jawzi.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs