TEKS BAHASA ARAB
علامة أبدال أمتي أنهم لا يلعنون شيئا أبدا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tanda-tanda kewalian al-Abdal dari umatku ialah mereka tidak melaknat sesuatu pun selama-lamanya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1793, hadis nombor 9035. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن بكر بن خنيس يرفعه: علامة أبدالِ أمتي أنهم لا يلعنون شيئاً أبداً. [ابن أبي الدنيا في (كتاب الأولياء)، ((الضعيفة)) (1475)]
(Palsu) Daripada Bakar bin Khunais, Nabi SAW bersabda: "Tanda-tanda kewalian al-Abdal dari umatku ialah mereka tidak melaknat sesuatu pun selama-lamanya." [Riwayat Ibn Abi Al-Dunya dalam Kitab Al-Auliya’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1475]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.