Tanda-tanda karamah bagi seorang mukmin

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن من كرامة المؤمن على الله: نقاء ثوبه، ورضاه باليسير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya tanda-tanda karamah (kemuliaan) seorang mukmin yang taat kepada Allah SWT, adalah: Kesucian pakaiannya, dan reda dengan apa yang sedikit.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 620, hadis nombor 3225. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن من كرامة المؤمن على الله: نقاء ثوبه، ورضاه باليسير)). [طب، ((الضعيفة)) (4525)]

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya tanda-tanda karamah (kemuliaan) seorang mukmin yang taat kepada Allah SWT, adalah: Kesucian pakaiannya, dan (sifat) reda dengan (kurniaan) yang sedikit.))
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4525]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.