Tanda selamat penduduk bumi daripada tenggelam (banjir) adalah (munculnya) pelangi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أمانٌ لأَهْلِ الأرْضِ مِنَ الغرَقِ: القَوْسُ وأمانٌ لأَهْلِ الأَرْضِ منَ الاخْتِلافِ: المُوَالاةُ لِقُرَيْشٍ قُرَيْشُ أهْلُ اللَّهِ فَإِذا خالَفَتْها قَبِيلَةٌ مِنَ العَرَبِ صَارُوا حِزْبَ إبْلِيس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tanda selamat penduduk bumi daripada tenggelam (banjir) adalah (munculnya) pelangi. Manakala, tanda selamat penduduk bumi daripada ikhtilaf adalah kesetiaan kepada Quraish. Quraish merupakan ahli Allah, maka apabila sesuatu kabilah Arab menyelisihi Quraish, mereka menjadi golongan Iblis.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 21, hadis nombor 90. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Palsu sebagaimana disebutkan oleh para huffaz juga sebagaimana kepalsuan tersebut jelas pada lafaz-lafaznya.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon