Tanda cinta Allah SWT adalah cintakan menyebut-Nya

TEKS BAHASA ARAB

علامة حب الله حب ذكره، وعلامة بغض الله بغض ذكره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tanda cinta kepada Allah SWT adalah mencintai menyebut namaNya. Dan tanda benci kepada Allah SWT adalah membenci menyebut namaNya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 71, hadis nombor 334. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((‌علامة ‌حب ‌الله ‌حب ‌ذكره، ‌وعلامة ‌بغض ‌الله ‌بغض ‌ذكره)).
[الختلي في "محبة الله تعالى"، أبو محمد بن أبي شريح الأنصاري في "الأحاديث المئة"، أبو بكر الجنازي في "الأمالي"، أبو بكر الكلاباذي في "مفتاح معاني الآثار"، ((الضعيفة)) (‌‌3871)]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfū‘: “Tanda cinta kepada Allah SWT adalah mencintai menyebut namaNya. Dan tanda benci kepada Allah SWT adalah membenci menyebut namaNya.”
[Riwayat al-Khatlī ibn al-Junayd dalam Maḥabbatullah Ta‘ālā, Abū Muḥammad ibn Abū Shurayḥ al-Anṣārī dalam al-Aḥādith al-Mi’ah, Abū Bakr al-Jabbāzī dalam al-Amālī, Abū Bakr al-Kalābādhī dalam Miftāḥ Ma‘ānī al-Āthār. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3871).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs